Pastikan peruntukan tak sangkut, sampai kepada rakyat
BELALANG tengok macam-macam reaksi umum selepas pembentangan Belanjawan 2027, kelmarin. Ada sibuk mengira berapa banyak dapat, ada pula mencari-cari apa yang tak cukup. Maklumlah, belanjawan ini macam membahagikan kek, tak mustahil ada yang rasa potongan untuknya kecil, tetapi kadang-kadang dapat besar pun belum tentu puas hati.
