Pencapaian UniSIRAJ perkukuh ekosistem penyelidikan pada 2025 - Raja Muda Perlis
KANGAR: Pencapaian Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) sepanjang tahun lalu mencerminkan perkembangan positif dalam memperkukuh ekosistem penyelidikan menerusi peluasan kolaborasi strategik, pengiktirafan kepakaran serta penghasilan penyelidikan yang memberi manfaat kepada institusi dan masyarakat.
