Ab Ghani mahu FAM dapat pensijilan ISO 9001
KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan bertindak pantas memperkemas urus tadbir badan induk itu apabila menjadikan pensijilan ISO 9001 sebagai antara fokus utama dalam usaha memulihkan keyakinan peminat dan pemegang taruh terhadap pengurusan persatuan berkenaan.
