Bahas dengan matang, amanah laksana Belanjawan 2027
BELANJAWAN 2027 dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, bukan sekadar hamparan angka RM510 bilion, sebaliknya mengisyaratkan ikhtiar besar menghubungkan pertumbuhan ekonomi dengan kesejahteraan rakyat. Berteraskan tema ‘Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi’, jumlah itu merangkumi RM376.8 bilion belanja mengurus; RM83 bilion pembangunan serta pelaburan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), kerjasama awam-swasta, badan berkanun Persekutuan dan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan.
