UEFA denda Serbia, diarah bermain tanpa penonton
BELGRADE, Serbia: Serbia diarahkan bermain di laman sendiri tanpa kehadiran penonton pada perlawanan seterusnya, manakala Persatuan Bolasepak Serbia (FSS) didenda 50,000 euro (RM243,000) selepas penyokong menunjukkan tingkah laku bersifat perkauman dan diskriminasi dalam aksi Liga Negara-Negara menentang Greece dan Belanda, menurut Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).
