Mayat disumbat dalam beg, dibakar bersama kereta: Bekas pemandu trak tunda dihukum penjara 15 tahun
MELAKA: Bekas pemandu trak tunda dijatuhi hukuman 15 tahun penjara oleh Mahkamah Tinggi Ayer Keroh, hari ini selepas mengaku salah menyebabkan kematian rakan yang mayatnya disumbat dalam beg pakaian dan dibakar bersama kereta, enam tahun lalu.
