Insentif cukai RM5 juta tarik vendor automotif ke AHTV Tanjong Malim
KUALA LUMPUR: Kerajaan menawarkan potongan cukai bagi kos penempatan semula yang layak sehingga RM5 juta kepada syarikat vendor automotif milik tempatan sepenuhnya yang memindahkan operasi ke Automotive Hi-Tech Valley (AHTV), Tanjong Malim, Perak.
