Sumbangan Asas Rahmah ditingkatkan RM16 bilion
KUALA LUMPUR: Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ditingkatkan kepada RM16 bilion berbanding RM15 bilion pada tahun depan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua penerima STR akan menerima SARA sehingga RM150 sebulan atau sehingga RM1,800 setahun yang akan memanfaatkan sehingga sembilan juta penerima.
