Permohonan eISBN meningkat 78.07 peratus 2025
KUALA LUMPUR: Permohonan nombor buku standard antarabangsa elektronik (eISBN) meningkat 78.07 peratus pada 2025 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus mencerminkan perkembangan penerbitan digital yang semakin pesat dalam industri perbukuan negara.
