Isu UiTM Holdings: "Lihat keseluruhan, bukan hanya kaitkan angka rugi dengan tempoh saya jadi menteri" - Maszlee
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menegaskan isu kerugian UiTM Holdings Sdn Bhd (UiTM Holdings) perlu dilihat berdasarkan keseluruhan sejarah syarikat, bukannya sekadar mengaitkan angka kerugian dengan tempoh beliau menjadi menteri.
