IOIPG tambah empat hotel baharu bersama Marriott
KUALA LUMPUR: IOI Properties Group Bhd (IOIPG) mengukuhkan portfolio hospitalitinya menerusi kerjasama strategik dengan Marriott International bagi pembangunan empat hotel baharu di Malaysia membabitkan keseluruhan 888 bilik.
