Juruterbang gaduh fizikal, pesawat penumpang menuju Israel pancar isyarat kecemasan, mendarat di Arab Saudi
BAITULMAQDIS: Sebuah pesawat yang dalam penerbangan ke Israel dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), mengubah haluan serta mendarat di Arab Saudi selepas memancarkan isyarat kecemasan susulan insiden pergaduhan membabitkan pergelutan fizikal sesama juruterbangnya, kata pegawai Israel, hari ini.
