Buruh jadi suruhan along simbah cat merah rumah peminjam didenda RM1,500
BATU PAHAT: Seorang buruh sawit yang menjadi orang suruhan peminjam wang tanpa lesen atau ‘along’, didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah melakukan khianat dengan menyimbah cat merah terhadap sebuah rumah kira-kira tiga bulan lalu.
