Kerugian pelaburan UiTM Holdings: Bekas pegawai pengurusan tertinggi perbadanan ditahan SPRM
KUALA LUMPUR: Seorang bekas pegawai pengurusan tertinggi sebuah perbadanan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan kuasa, dalam siasatan berkait isu kerugian pelaburan UiTM Holdings Sdn Bhd.
