5 rakyat Malaysia ditahan seludup dadah di Jakarta
JAKARTA: Lima rakyat Malaysia ditahan Badan Reserse Kriminal (BARESKRIM) Polis Republik Indonesia (POLRI) Jumaat lalu, selepas disyaki menyeludup lima kilogram (kg) cecair dadah sintetik jenis etomidate yang disembunyikan di bahagian dalam kasut masing-masing.
