Hartanah Kenyalang kembali untung, buku pesanan cecah rekod RM851 juta
KUCHING: Hartanah Kenyalang Bhd kembali mencatat keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM4.2 juta bagi suku ketiga tahun kewangan 2026 (S3 TK2026) berakhir 31 Julai lalu, berbanding kerugian sebelum cukai RM1.7 juta pada tempoh sama tahun sebelumnya. Hasil bagi suku berkenaan melonjak 93.4 peratus kepada RM49.5 juta.
