Iran mahu Malaysia terus main peranan galak usaha diplomatik antara Tehran, Washington
NEW YORK: Iran mahu Malaysia terus memainkan peranan sebagai suara pengantara di pentas antarabangsa dalam menggalakkan usaha diplomatik antara Tehran dan Washington diteruskan bagi meredakan ketegangan yang masih membelenggu rantau Asia Barat.
