Pekerja asing murah, kekurangan kerja mahir cabaran sebenar Malaysia - PNB Research Institute
KUALA LUMPUR: Kebimbangan bahawa kecerdasan buatan (AI) bakal menggantikan pekerjaan tidak seharusnya mengaburi cabaran lebih mendasar dalam pasaran kerja Malaysia, termasuk kebergantungan berpanjangan kepada pekerja asing berkemahiran rendah serta penggunaan teknologi yang masih diperlukan sektor pembuatan.
