Harimau Malaya tidak perlu bimbang provokasi penyokong Indonesia - Faisal
JAKARTA: Pemain sayap kebangsaan Mohamad Faisal Abdul Halim mahu Harimau Malaya memanfaatkan bahang Stadium Gelora Bung Karno (GBK) dengan menjadikan tekanan serta sorakan penyokong fanatik Indonesia sebagai pembakar semangat ketika menentang skuad Garuda dalam aksi kedua Divisyen 1 Kumpulan A Piala ASEAN FIFA 2026, esok.
