Fiqh al-ta'ayush tak hanya terap toleransi, tapi hidup bersama
PENERAPAN konsep fiqh al-ta‘ayush, iaitu kefahaman hidup bersama mempunyai makna sangat dekat dengan pengalaman Malaysia. Ia bukan sekadar mengajar toleransi dengan orang lain, bahkan membangunkan hubungan berasaskan keadilan, kemaslahatan, kejiranan yang baik, pemenuhan perjanjian serta pemeliharaan nyawa, harta dan karamah insaniyyah (kehormatan manusia).
