Tuduhan ke atas City dedah sisi baharu kebangkitan mereka sebagai gergasi EPL
MANCHESTER: Nasib Manchester City masih belum diputuskan, namun laporan yang mendakwa kelab itu didapati bersalah atas pelbagai salah laku kewangan membuka sisi baharu mengenai kebangkitan luar biasa mereka daripada pasukan pertengahan liga kepada kuasa dominan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas pengambilalihan Abu Dhabi pada 2008.
