Rakyat Malaysia dinasihat berwaspada susulan banjir di Bangkok
BANGKOK: Rakyat Malaysia di Bangkok dinasihatkan berhati-hati dan terus berwaspada susulan hujan lebat berterusan serta banjir yang terus menjejaskan jalan raya dan aktiviti harian di seluruh ibu negara Thailand itu, dengan semua 50 daerah diisytiharkan sebagai zon bencana.
