MCMC bantu KKM hantar ubat melalui pos secara percuma kepada pesakit mulai 1 Oktober - Fahmi
PADANG BESAR: Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) membuat penghantaran ubat melalui pos secara percuma, kepada pesakit yang memohon perkhidmatan itu mulai 1 Oktober ini.
