Mahasiswa baharu perlu bentuk ilmu, cara berfikir dan kemahiran
SETIAP kali semester baharu bermula, kampus kembali dipenuhi wajah muda segar, bertenaga dan penuh harapan. Ada yang datang dengan penuh keyakinan, ada masih cuba menyesuaikan diri, manakala sebahagian mungkin masih mencari jawapan kepada persoalan lebih besar, iaitu apakah sebenarnya tujuan berada di universiti?
