Saman RM190 juta: Saksi dedah maklumat siasatan kes bunuh Nurman Bakaratu bocor di Telegram 'Edisi Siasat'
TAWAU: Mahkamah Tinggi di sini diberitahu sebahagian maklumat siasatan kes pembunuhan Nurman Bakaratu didakwa bocor ke saluran Telegram ‘Edisi Siasat’ kira-kira empat hari selepas penangkapan tujuh bekas pegawai dan anggota Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) serta seorang orang awam pada Januari 2023.
