Tanpa L Krishnan, Mak tak jadi pelakon - Rosnani Jamil
KUALA LUMPUR: Bintang veteran, Datuk Rosnani Jamil terkilan tidak dapat memberi penghormatan terakhir kepada insan yang banyak berjasa melonjakkan namanya di persada seni, iaitu tokoh legenda dan perintis filem Melayu, mendiang Tan Sri L Krishnan.
