Menang emas Sukan Asia 1990 sebagai pemain, kini Ahmad Jais menang emas Sukan Asia 2026 sebagai jurulatih
NAGOYA: Ketua jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya meraih emas Sukan Asia dalam acara regu berpasukan sebagai pemain dan jurulatih selepas membantu Malaysia menamatkan penantian 36 tahun pada edisi Aichi-Nagoya 2026, hari ini.
