Hubungan lama, peluang baharu bersama China
Hubungan Malaysia-China seperti juga ‘Kota Rom’ bukan dibina dalam sehari atau kepentingannya semata-mata kerana kedudukan geografi negara. Sejak Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein membuka hubungan diplomatik dengan Beijing pada 1974 meskipun Perang Dingin masih panas, hubungan itu berkembang hingga China menjadi rakan dagang terbesar kita selama 17 tahun berturut-turut, sekali gus menjadikan lawatan terbaru Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Shanghai dan Hangzhou penting dalam menentukan bagaimana manfaat hubungan lama itu boleh dibawa ke medan ekonomi baharu.
