Pemegang saham Ajinomoto Malaysia lulus tawaran RM20 sesaham dikemukakan syarikat induk dari Jepun
KUALA LUMPUR: Pemegang saham Ajinomoto (Malaysia) Bhd meluluskan cadangan syarikat induknya dari Jepun, Ajinomoto Co Inc, untuk menjadikannya syarikat persendirian melalui pelaksanaan pengurangan modal dan pembayaran balik terpilih (SCR) pada harga RM20 sesaham.
