Bekas pengurus PETRONAS hadiri temu duga tidak rasmi dengan PETROS - Saksi
KUALA LUMPUR: Bekas pekerja PETRONAS memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, bekas pengurus syarikat itu, Mohd Khairul Akmal Mohd Jasni, menghadiri temu duga kerja secara tidak rasmi dengan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) sebelum menjalani temu duga rasmi di Sarawak.
