Li Qiang beri jaminan lindungi kepentingan peniaga kecil, PKS Malaysia
HANGZHOU: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Perdana Menteri China, Li Qiang memberi jaminan kepentingan peniaga kecil, perusahaan mikro dan perusahaan kecil dan sederhana (PMKS) Malaysia akan diambil kira dalam sebarang urusan perniagaan membabitkan syarikat dari negara itu.
