USM raih RM1.2 juta dana industri, pacu penyelidikan semikonduktor
KUALA LUMPUR: Universiti Sains Malaysia (USM) menerima suntikan dana industri RM1.202 juta daripada Intel Malaysia dan Micron Memory Malaysia bagi memperkukuh penyelidikan semikonduktor, pembangunan bakat serta membawa hasil penyelidikan ke aplikasi industri.
