Tuntutan barang kemas RM67.5 juta, Global Royalty boleh bertindak terhadap Rosmah
PUTRAJAYA: Syarikat barang kemas berpangkalan di Lubnan, Global Royalty Trading SAL kini boleh menguatkuasakan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Datin Seri Rosmah Mansor bagi mendapatkan bayaran RM67.5 juta berhubung kehilangan 43 barang kemas yang didakwa berada dalam simpanannya.
