'SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan perlu kerja seperti biasa, arahan gantung tugas tak sah' - Peguam Negara
KUALA LUMPUR: Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Muzalmah Mustapha Kamal, perlu kekal menjalankan tugas seperti biasa kerana tindakan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menggantung tugas mereka berkuat kuasa serta-merta, adalah tidak sah.
