Pengerusi NGO hadapi 42 tuduhan berkaitan minyak masak tak hadir ke mahkamah dikenakan waran tangkap
KOTA BHARU: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) kerana tidak hadir bagi 42 kes pertuduhan gagal mengemukakan dokumen dan menyelenggara buku stok barang kawalan berjadual minyak masak.
