Gangguan sistem brek: Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya kembali pulih
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya kendalian Rapid KL kembali beroperasi secara berperingkat bermula jam 9.32 pagi tadi selepas perkhidmatan sebuah tren yang mengalami masalah sistem brek di stesen Jalan Ipoh ditamatkan.
