Martabatkan pondok, benteng turath kepada institusi ilmu masa depan
UCAPAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Muzakarah Ulama Turath Kebangsaan 2026 pada 19 September lalu memperlihatkan satu gagasan lebih luas daripada sekadar menambah bantuan kewangan kepada institusi pondok. Kerangka dikemukakannya adalah mengembalikan pondok ke arus perdana ilmu tanpa memutuskan tradisi turath yang menjadi kekuatan asalnya.
