MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan - peguam
KUALA LUMPUR: Pengamal undang-undang berpandangan penggantungan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Penasihat Undang-Undang Negeri (PUU) Negeri Sembilan oleh Mesyuarat Khas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) adalah tidak sah, terbatal dan tiada kuat kuasa undang-undang.
