Pentadbiran negeri terus berjalan walaupun DUN dibubar - Ab Rauf
AYER KEROH: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memberi jaminan pentadbiran kerajaan negeri tidak akan terjejas susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, sebaliknya ia akan terus berfungsi seperti biasa dalam tempoh sementara sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas Pilihan Raya Negeri (PRN).
