Tampar, pukul dua anak tiri, pemandu van pelancong didenda RM12,000
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM12,000 terhadap seorang pemandu van pelancong selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menganiaya dua anak tiri lelakinya dengan menampar pipi serta memukul menggunakan anak lesung batu dan seterika, bulan lalu.
