PSYCON 2026 perkasa peranan pegawai psikologi hadapi cabaran
KUALA LUMPUR: Lebih 500 peserta daripada kementerian, jabatan dan agensi kerajaan menyertai Persidangan Pegawai Psikologi Perkhidmatan Awam Tahun 2026 (PSYCON 2026) bagi memperkukuh keupayaan profesion psikologi dalam mendepani perubahan persekitaran kerja dan cabaran psikososial yang semakin kompleks.
