Kanak-kanak maut dicampak: Putri Nur Afiyah sempat ajak bapa solat Isyak bersama
KOTA TINGGI: Ajakan Putri Nur Afiyah Qalesya Mustafa, 5, untuk menunaikan solat Isyak berjemaah malam tadi menjadi kenangan terakhir keluarga sebelum kanak-kanak itu ditemukan maut selepas dipercayai dicampak ke dalam sungai oleh bapa saudaranya, dalam kejadian di Kampung Padang, Tanjung Sedili, di sini.
