Tengku Hassanal labur RM2.3 juta dalam syarikat AI disenaraikan di Nasdaq, Sagtec
KUALA LUMPUR: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah, akan melabur sebanyak AS$552,500 (RM2.3 juta) dalam syarikat teknologi kecerdasan buatan (AI) yang disenaraikan di Nasdaq, Sagtec Global Ltd, melalui penempatan persendirian.
