Rakyat Malaysia boleh buat pembayaran guna QR di India tidak lama lagi
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia berpeluang memanfaatkan pembayaran rentas sempadan menggunakan QR di India apabila National Payments Corporation of India (NPCI) sedang mempercepatkan usaha untuk merealisasikan kemudahan berkenaan di negara itu selepas menjalin kerjasama dengan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) pada awal tahun ini.
